Teng teng teng ~

Kita ada sorang kawan lelaki ni. Kita kenal since 2013. Introduction begins by facebook (: Kita add dia pun oleh kerana dia pun student KPTM Kota Bharu then satu batch cuma lain course, dia student Diploma in Business Management. Kebetulan dia pun warga merah kuning. Hah? Haha for sure Selangorian mehh but dia area Klang sana. Still consider dekat dengan kita kan~
Kita dengan dia on and off, lepas intro kat facebook berpindah ke wechat then instagram. Kawan kawan kan so layan pun macam biasa lew. 
Dalam bulan November kita cuti midterm, ada ajak dia balik sekali sebab kebetulan dia pun sem break for final exam semester 3 kalau tak silap time tu. Dia okay pulak :D so beli tiket sekali lah, sani express. Siti pulak beli tiket awal so kita sekali dengan kawan ni jelah, beli sit bawah sebelah sebelah. Bagi number phone kat dia supaya lagi mudah nak roger kan ada mana apa semua. Malam tu sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur kita borak borak je dengan dia. First time lah dengan dia bercakap panjang lebar :D and ni dikira second meet lepas beli tiket sebelum tu. Malu? Jangan cakap lah. Masing masing sebenarnya cuba cover malu tu haha yelah tiga bulan kenal baru jumpa kan. Krik krik~

Lepas balik daripada cuti kita teruskan macam biasa hidup di kolej. Class then practical -.-" suddenly, dia message cakap suruh text je lepas ni sebab phone dia rosak so takda internet untuk berhubung, pakai phone biasa sahaja. Ohh padan lah senyap dah berapa lama. Okay takpalah (:
Bulan February or March macam tu dia start wechat kita balik. Katanya phone dah okay and dia whatsapp "Awak lepas ni whatsapp kita kat number ni je yeah, dah tukar number" tapi whatsapp tu still naik nama lama lah awak :/ Haha sokay. Mana mana pun boleh lah, tetap tak selalu contact :P wihihi

APRIL's coming !
Ku sangkakan kebahagiaan bakal muncul dalam bulan kelahiranku. Rupanya lagi sedih adalah. Selain baru lepas putus cinta, kita dikejutkan dengan satu berita yang mengatakan orang paling rapat dengan kita tergamak game kita dan ada lagi dua tiga orang yang tergamak "Keep putting me on the game" :'( Nampak? Baru sekarang kita tahu apa maksud orang kawan tikam belakang. Tak semua kawan kita baik, true. Waktu ni buat kita kenang pada Wirarians. Gilanya kami subhanallah, hanya mereka yang kenal sahaja akan tahu. Aqila dan Humaira, nakalnya kami bertiga kami tetap bersatu daripada form 3 alhamdulillah sampai sekarang. Wirarians pulak, walaupun kami dalam jumlah yang ramai, bercampur lelaki dan perempuan tapi kami tetap sahabat dan takda istilah tikam belakang sama sekali since bersatu time form 4 sampai sekarang. Tapi ni kawan yang selama ni kita percaya kat kolej :') Takpa, Allah swt maha adil. Kita tak lawan, kita tak marah tapi kita pendam. Kebetulan, nama kita naik untuk gantikan kawan ke program Mesra Siswa. Apa lagi? Grab terus! Nak bawak diri selama seminggu. Tahunya kita tentang ni semua betul betul lepas birthday kita, lagi tak sedih ka?! Time tengok list name student yang pergi pulak, nampak nama kawan lelaki kita sorang tu. Ehh betul ke! Nak kepastian kita tanya lah dia, and dia cakap yes :)) suka lah mak ada kawan lain kat sana! Hikhik~
On the date 07hb April, kita berangkat ke Melor, Ketereh untuk ke program tu. Ada budak aerobik lagi lima orang dan selama seminggu kat sana kitorang memang macam adik beradik. Berkepit sepanjang masa. Kawan course lain pun ada, yang tak kenal pun jadi kenal. Dengan student KPTM Gua Musang :) Memang best! Buat kita lupa semua masalah kita walau timbul lagi news yang tak enak telinga nak dengar. Aahhh cara aku, kat sini nak release tension bukan nak semakkan kepala dengan manusia manusia macam tu (>.<)
Tapi, kat program ni jugak kita boleh kena demam panas. Bila Miss Dila bawak check up kat klinik, doktor kata kita suspect dengue fever. Ok tak lawakkkk :'/ tapi member member lain semua alhamdulillah ambik berat pasal kita bila berita kita suspect dengue tersebar satu kem. Macam macam nasihat, dapat macam macam, perhatian jangan cakap. Thanks, sayang korang!

Ok ni sebenarnya dah melalut taw haha :D
Back to story about my secret friend ..
Lepas daripada sejarah di program Mesra Siswa, kita dengan dia jadi makin rapat daripada biasa. Selalu contact, selalu keep in touch lah kiranya. Alhamdulillah :) Sampai lah satu masa saat terbongkarnya satu rahsia. Rahsia tu wujud since kita kenal dengan dia lagi rupanya. Rahsia apa? :O

  • Dia rupanya dah lama sukakan kita start from dia approved facebook kita dan kebetulan kami sama negeri, study sama tempat dan kita studying in nursing course.
  • Dia selalu nampak kita kat college tapi kita tak pernah perasan dia.
  • Dia pernah menyorok kat celah kereta semata mata nak tengok kita walaupun hakikatnya kita tak pernah tahu adanya dia di tempat yang sama.
  • Dia mula sayangkan kita (".)
  • Dia bersorak gembira dalam diam bila kita ajak balik sekali naik bas sampai Selangor.
  • Dia perhati kita tidur waktu dalam bas *patutlah dia tak tidur!*
  • Dia simpan sampai sekarang tiket bas time kami balik sekali tahun lepas :O
  • Dia cuba untuk tabah dan biarkan kita bahagia bila tahu kita ada orang lain time tu.
  • Dia banyak kali bagi "double-meaning" yang kita ni lain dalam hati dia berbanding kawan kawan perempuan yang lain. TAPI, kita ni ngokngek tolol apakah tak pernah perasan langsung. *Bila tahu semua ni baru perasan* :-/
  • Cubaan dia meluahkan perasaan berjaya setelah hampir setahun pendam. Syabas!
After all this expressions of feelings, perasaan kita sikit sikit mula sayangkan dia. Tak terduga ada orang admire kita sampai macam ni sekali. Perasaan yang dia pendam selama ni dia gunakan sebaiknya masa hubungan kami semakin baik dan baik. Dia jugak tahu dan hormat kita bila kita cakap "Kita still belum boleh percayakan lelaki sepenuhnya dan setiap kali kita terfikir negative kat awak bila awak bercakap tu, kita minta maaf sangat sangat. Bukan sengaja kita nak jadi macam ni" mujur dia faham dan tak pernah lelah nak yakinkan kita. Tak pernah lelah jugak bagi nasihat, semangat dan dorongan. Semua pasal kawan tikam belakang semua dia tahu dan dia jugak selalu bagi kata semangat supaya biarkan, satu hari nanti dorang akan kena balik. Ye, memang betul. Allah maha adil :)
Hubungan kami semakin baik dari hari ke hari, kita jugak dah kenalkan pada mama secara informal. At least mama tahu dengan siapa kita rapat sekarang kan. Alhamdulillah, kami selesa dengan hubungan kami ni walaupun masing masing dalam status "single" lagi sebenarnya. Kami buat istilah Teman Tapi Mesra dulu buat masa ni sementara dalam proses kenal hati budi. Orang yang tengok mesti cakap kami couple tapi sebenarnya tak pun lagi. Lebih kurang dua bulan dah kami rapat macam ni. Asalkan kami selesa, biarlah. Orang nak cakap apa, pergi jahanam~ People will never stop saying either good or bad things about others. So, I don't even care. Care about the others personal life is not my lifestyle :D Bak kata orang orang lama, orang yang acah acah dok mengata pasal kita tak sudah ni sebenarnya dengki dengan lifestyle kita. So kita anggap macam tu jelah. Masing masing tahu hukum hakam agama, tahu apa dosa pahala apa buruk baik so sendiri fikirin yaaaaa ;)
Now, boleh dah kot nak dedahkan identity insan yang mula menapak dalam hati kita sekarang :D Hikhik kalau dia baca jamin "kuikuikui" dia gelak. Kot leww~ muahaha!

Anwar Kamil Bin Mohd Hanizam

Sejarah wall kena boom dengan Encik Anwar :/

Ok sampai sini jelah kot cerita. Kalau ada pape menarik kita update lagi ;)

Buat encik kesayangan yang semakin memenuhi segenap ruang jantung, hati, paru paru kita :-
  1. Jangan tinggal solat! Thanks selalu kejut solat subuh dan selalu ingatkan kita tentang solat dan banyak perkara lain. Saling mengingati yeahh :*
  2. Jangan lupa makan. Tak payah nak diet sangat, gendut jugak pah cerohh pum kuikui~
  3. Jaga diri baik baik kalau kita takda kat Kota Bharu nak teman awak makan, teman awak shopping, teman awak laundry baju, teman awak dolan dolan. Taw?!
  4. Jaga mata, jaga hati, jaga perasaan untuk kita ♥
  5. Rindu nak tetam awakk sampai awak menjerit :'D main gym tapi ketam sikit mengilai macam pontianak :P
  6. Ingat semua pesanan kita (".)
  7. Always keep your promises sayang ..

*NunuAsmadi*