Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada gadis empunya blog ini untuk bernafas, meneruskan kehidupan, memperbaiki diri dan lebih beribadat kepada Allah. Alhamdulillah :')
Usia sudah berubah, angka dah bertambah lagi satu, semoga apa yang aku lakukan selepas ini diredhai oleh Allah dan kedua mama babah serta dipermudahkan oleh-Nya. Amin..
Kenangan yang tak dapat dilupakan sehari sebelum ulang tahun harijadiku, beberapa orang kawan dah wish dulu sebab katanya takut lupa :') its okay, peringatan yang korang berikan memang aku hargai sampai bila-bila. Thanks kawan! Jumpa pulak kakak kesayangan, kak ayu then dapat hadiah daripada dia. Hihi awal sungguh :'D sebab esoknya tak dapat nak jumpa. Takpa, pape pun terima kasih kak. Then dapat wish sebelum maghrib daripada abang hisyam. Wish awal sebab katanya lepas maghrib je masuklah hari baru kalau nak diikutkan dalam islam. Hihi okay, terima kasih jugakk :)
Then dapat msg & whatsapp daripada ayahanda tercinta. Nak menangis je rasa bila birthday tahun ni tak dapat nak celebrate dengan family :'/ its okay, perjuangan harus diteruskan Nunu demi mereka jugakk. Kuatkan diri, thanks bah. Without you, I'm nothing here. Love you so much more than everything!
A few minutes before 12am, dapat call from Nasyriq kepeng :'D Terharunya bila dia membebel panjang lebar semata-mata nak bagi nasihat disertakan dengan doa untuk aku. Alahaaii rindu lah kat awak kepeng. Dengar pulak suara ibu dia yang cakap dengan aku, wish birthday, kata rindu apa semua, airmata mengalir sikit demi sedikit. Bahagianya dapat kenal dengan keluarga ni :') terima kasih banyakkk!
Genap pukul 12am. Whatsapp, wechat, message dan call tak berhenti bunyi tanda ingatan daripada semua sahabat handai. Paling tak boleh blah bila mula-mula dapat call daripada Nafis Iqbal, dia psycho kita gila babi lah. Haiihh memang terdiam lah. Suddenly dia nyanyi lagu happy birthday, okay menahan airmata daripada keluar. Sabar jelah abang aku ni, dah lah birthday adik dia takda kat sini. Hmm nak buat camna~
Roommate yang tak lupa wish, jiran bilik sebelah, kawan-kawan aerobik, kawan baik, kawan yang jauh di mata dekat di hati, keluarga yang sentiasa ada di hati, kawan yang dah lama tak berhubung tapi bila birthday terus contact balik, TERIMA KASIH BANYAKK. Kita sayang awak semuaaaa! <3
Dengan umur baru, kita lupakan perkara lama, mulakan hidup baru, teruskan hidup dengan perkara yang menggembirakan, tinggalkan pada yang tidak menghargai dan hanya menghargai pada yang ikhlas mengingati dan menghargai. Kekalkan dengan sifat keceriaan, jauhkan segala sifat negatif, jauhkan kesedihan. Aku tetap dengan diri aku. Tak perlu ubah diri untuk sesiapa, hanya muhasabah diri untuk menjadi yang lebih baik :) In shaa Allah..
Dengan umur baru, kita lupakan perkara lama, mulakan hidup baru, teruskan hidup dengan perkara yang menggembirakan, tinggalkan pada yang tidak menghargai dan hanya menghargai pada yang ikhlas mengingati dan menghargai. Kekalkan dengan sifat keceriaan, jauhkan segala sifat negatif, jauhkan kesedihan. Aku tetap dengan diri aku. Tak perlu ubah diri untuk sesiapa, hanya muhasabah diri untuk menjadi yang lebih baik :) In shaa Allah..
04 APRIL 1994 @ 03:47PM
SELAMAT ULANG TAHUN KE 20
NURUL ASMIDAR BINTI ASMADI :)