Karnival Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2013

     Assalamualaikum pembuka bicara. Maaf dah lama tak update cerita-2 baru, well biasa lah bila busy klinikal akhir semester 3, masuk semester baru, busy dengan training aerobic peringkat kebangsaan, busy dengan midterm exam. Woahh! Padat sangat schedule hujung-2 tahun camni. Nahh bermula cerita bila praktikal dekat Kuala Krai. Hujung bulan september kalau tak silap, dalam sebulan posting boleh kata 2 kali jugak lah balik KotaBharu untuk practice aerobic. Biasalah, tiba-2 dapat kejutan kata kami naib johan pun di hantar ke tournament tuuuu. Time nak gerak ke Kuala Krai pulak tu dapat tahu! Heart attack~

Kata mereka pulak, kami ada manager baru. Wahwah! Just 2nd place dekat peringkat negeri tapi dapat manager kemain ramai. Mulanya manager tetap lah, NurHaniyatul Aina (Kak Aina/Mama) then Ahmad Nafis Iqbal (Abang Keba/Si Masham), Muhamad Farid (Abang Bob/Daddy) dan akhir sekali Muhammad Adam (Abang Adam/Cik Uncit). Group gorgeous pun ada sorang je manager besar dorang iaitu Cik Noor Azlina merangkap pengurus kelab aerobik KPTM. Hmmm hebatkan kami? Hahaha :D

Bila ada ramai manager ni, mmg kuat lah training kitaorang bila dorang ada. Dorang takde pun kemain lagi training kami disebabkan arahan datang melalui "phone call". Kay, tempat training drpd dekat auditorium berpindah ke studio gym then ke tapak depan lobby college and lastly dekat BK1. Merantau mencari tempat practice semata-2 untuk mantapkan step akurit yang masih terabur sampai ke hari terakhir practice di KPTM. Penat? Jangan sembang pasal penat lah bila balik je terus lentok. Takkan ingat pebenda dah masa tu dengan class lagi :/ Tapi demi akurit, kami korbankan jugak rasa penat lelah tu semua. Bukan selalu dapat masuk kebangsaan weehh!!

Hari terakhir kami practice di KPTM sebelum berangkat ke KL keesokkan harinya

Oh! Lupa nak perkenalkan dancer, sama macam time peringkat negeri lah. Kami takkan terpisah~ Bermula dengan Fatin Shahira (KakTon) sebab dia paling tua :p Nur Amalina (Ina), Nurul Amira (Mira), dua jejaka akurit, Muhammad Syukry (Cekchukk), Mohd Zulhaidi (Eddy) and lastly of course me, Nurul Asmidar (Nunu), plus sorang reserve yang secara tak langsung masuk iaitu Ahmad Nafis Iqbal (Keba). Dia dah ditolak drpd jawatan manager then jadi reserve :D muahaha kesian keba kena lucut jawatan.

Malam sebelum bertolak ke KL.
Semua dalam gambar ni pergi kecuali manager ketiga kami, abang Adam :'(

24-27 October 2013

Alright, perjalanan ke KL macam biasa kalau naik bas lah time nak balik cuti tu. Makan masa 8/9 jam jugak walaupun naik van. Satu van satu team. Dalam van memang bising lah pada awalnya, tapi lepas 2 jam semua tidur tak ingat dunia. Sama macam perjalanan masa kami ke Putrajaya untuk aerobathon pertengahan tahun ni jugak. Hmmm penat dohh! Kematu semua bontot-2 kami ni haa~ Nasib baik lerr kiri kanan aku kurus je so takdelah rasa terhimpit sangat dengan banyak barangnya dekat depan ni. Maklumlah berapa ramai pulak kan..

Kami masuk ke KL ngam-2 waktu subuh. Dua van di atas ni lah yang bawak kami sampai ke KL, then ke tempat penginapan kami pulak di KPTM Bangi. Well, hello Bangi! Hihihi teringat saat-2 aku interview untuk kursus Diploma Kejururawatan tahun lepas :D Okay, dekat asrama tu kami semua duduk satu floor tak kira lelaki perempuan, cuma bilik lah terpisah. Pagi tu mandi then berehat jap sebelum tengahari tu bertolak ke MIECC The Mines untuk tengok pentas tournament kami. Sebelum gerak ke Serdang, sarapan isi perut dulu :))



 Lepas dah kenyang perut masing-2, kami pun bergerak menuju ke MIECC The Mines. Naahh bila sampai, terkejut beruk tengok pentas yang besaq bak hang! Tak terkata besaqnyeeee~ pheeww, puas nak menari atas tu nanti. Malas nak type panjang-2, y'olls tengok sendiri dehh :)


 PENTAS! Woooaaahhhhh



AKURIT sedia berentap :)

Sementara menunggu acara kami berlangsung pada hari ahad iaitu 27/10/2013, kami memenuhkan masa dengan latihan aerobik step kami, aktiviti karoeke sesama kami, game bowling, tengok wayang, jalan-2 pusing The Mines sampai bosan agaknya pak guard tu tengok muka kami ulang alik dekat sana selama 4 hari. Hahaha nasib lah pakcik, bukan selalu pun. Then tiba pada masa yang dinanti-2 kan, acara kami bakal berlangsung! Urrgghhhh!

This is AKURIT before go to MIECC for our performance :)

Maaf, video performance kami takleh nak upload atas kesilapan-2 teknikal. Ehem sebenarnya size video tu besor terlajok! Hahaha dan keputusan untuk tournament tu, kami bawak balik hadiah kenangan paling bermakna! Yeahh, belum ada rezeki untuk menang. Lagipun antara pesaing-2 yang ada, akurit dan gorgeous antara group paling junior dalam acara terbuka tu. So yeahh, kami akan cuba lagi tahun depan jika ada rezeki. In shaa Allah :) hmmm tu jelah cerita untuk akurit. Setiap kenangan drpd peringkat negeri sampai kebangsaan, setiap latihan yang kami jalani sama-2 akan di semat sebaik mungkin sebagai satu kenangan paling terindah. Nilai-nilai persahabatan, keakraban, kesetiaan semuanya ada dalam group Akurit.. Walaupun ada gaduh-2 manja, bertikam lidah guna keris, tu perkara biasa dalam adat berkawan. Pengakuan ikhlas untuk Akurit, "Aku sayang korang dari hari pertama kita bersama dan akan kekal sampai bila-2".
   


The person who always give the highest and maximum of supported to Akurit
Thanks for everything dear manager
Next year, don't forget to be our best sponsor! Hehe


AKURIT FOREVER ♥
-The End-