Everything has been uncovered :'/

Aku tak pernah sangka yang macam ni akan terjadi dalam hubungan yang aku jaga selama 2Tahun 1Bulan 1Minggu dan 5Hari ni :'/ Harini aku tak pergi kelas sebab tak sihat, kepala aku pening gilaa buat aku weak sangat. Lepas roommate aku keluar semua aku sambung tidur jelah sampai pukul berapa entah. Aku teringat yang aku ada mimpi pasal apik! Aku datang rumah dia bagi balik semua barang-2 dia and aku bagitahu semua kat family apik yang I'm not longer with their son anymore. Bila aku tersedar daripada tidur aku rasa macam pelik sangat-2 tapi aku cuba cover sebab tengok kat katil sebelah roommate aku dah balik. Tengah tidur~ Dua tiga hari lepas pun aku ada mimpikan pasal apik. Mimpi ni sebelum subuh. Aku mimpi dia text aku macam ni "BIE NAK BABY BALIK". Lepas daripada tu aku terus fikir pasal benda ni tapi aku cuma diam-2 kan je. Then aku gagah bangun dengan kepala yang perit gila tu pergi toilet. Balik tu aku online twitter, tiba-2 je tergerak hati nak online facebook. Bila online tu aku post status then aku buka lah wall apik. Sumpah terkejut gila bila aku jumpa ni



Apa benda semua ni aku pun tak faham. At the same time kepala aku naik pening balik, dengan gagah aku mendaki tangga pergi rooftop asrama, aku call dia sampai dapat. Lama juga tunggu baru dia angkat. Call-2 memang aku terus sembur je. Tapi aku dengar suara dia macam tak sihat and dia pun ada bagitahu yang dia tak sihat. Dalam hati aku memang simpati sangat dengan dia tapi aku taknak bagi muka lagi dah. Biar lah kerisauan tu aku simpan dalam hati je tanpa dia tahu.

Yes! Dia memang tak patut tahu! :'/

Aku tanya dia pasal menatang ni, siapa Mimie Lilyana tu tapi dia kata dia taktahu apa semua. Tak masuk akal bila cakap orang tu salah hantar k! Tapi boleh ingat pula nama dia padahal aku sebut sekali je nama perempuan tu dengan nada suara tak berapa clear masa tu. Dengan hati yang berjuta-2 terluka, aku cakap dengan dia aku bebaskan dia daripada genggaman aku. Aku lepaskan dia pergi dengan hidup dia. Biarlah~ Asalkan dia bahagia. Apa alasan sekali pun yang dia bagi, aku takkan terima sampai dia datang bagi aku bukti yang sebenar bersama satu junjungan al-quran :'( Aku ikhlas cintakan dia tapi tak sangka ini yang aku dapat, apa yang dia nak semua aku dah turutkan. Dia nak aku jadi seorang gadis yang matang, aku dah turutkan. Apa lagi?! :'( Tak sanggup aku nak lepaskan hubungan yang dah lama macam ni sebenarnya tapi untuk apa lagi aku simpan? Dia takkan buat aku macam ni kalau betul dia cintakan aku! Aku tak terima kalau dia setakat guna istilah "sayang" kat aku sebab sayang, kat sesiapa pun kita boleh sayang. Not even adik-2 angkat dia semua. Hati aku hancur sangat-2 dan untuk pertama kali dalam bulan puasa ni aku menangis sebab dia. Apa agaknya dosa aku sampai dia buat aku macam ni?? :'/

Aku tak salahkan dia, sebab mungkin kesalahan lampau aku buat dia jadi macam ni. Sekurang-2nya aku belajar daripada kesilapan, bukan lagi buat silap dan aku tak pernah pun duakan dia dalam cinta! :'/ Cukuplah, hati ni dah tak sanggup lagi kecewa. Hampir 3bulan dia buat aku hidup dalam airmata atas perubahan dia yang mendadak sangat tu. Aku punyalah setia dengan dia :'/ Salah ke aku jadi seorang yang setia?! Aku tak minta harta berjuta-2, kereta mewah, rumah besar dan aku tak minta kau belikan aku "hadiah" gempak-2 untuk buktikan yang kau cintakan aku bie! Aku cuma minta kau hargai cinta aku, hargai kasih sayang dan setiap pengorbanan yang dah aku korbankan untuk kau! Cukuplah cuma itu. Tapi mana? Semuanya cuma harapan palsu aku :'/

Mana juga pergi janji-2 kau semua? Mana sayang? Manaaaaaa?! Cukup cukup cukup! Aku tahu isi hati kau kat aku sekarang. Terima kasih banyak-2 sebab kau balas kat aku macam ni. Aku hargai sangat-2 :') Aku doakan kau bahagia dengan perempuan yang dah rosakkan hubungan aku tu sayang!! Kau jaga diri baik-2 k. Aku undur diri bukan sebab aku kalah tapi aku undur diri sebab kau dah buktikan yang selama ni takda rasa cinta dalam diri kau untuk aku :'/ Terima kasih sangat-2 sayang. Aku doakan kau bahagia, yes aku doakan kau bahagia hingga ke akhir hayat, kekal sampai anak cucu cicit semua. Lupakan aku!! Akuuuuu, akan cuba lupakan semua cinta kita. Biarlah aku pergi bawa jiwa ikhlas yang kau dah musnahkan sayang~ Terima kasih untuk semuanya. Kau tetap yang terbaik buat aku sebab kau antara lelaki yang berjaya bertahan dengan aku sampai bertahun macam ni. Kau memang seorang lelaki yang penyayang, aku kenal kau pun mula-2 kita gaduh kan? Kau ingatkan macam mana cara perkenalan kita? :') Kita tak ngam sangat. Kalau boleh setiap kali aku jumpa kau rasa macam nak bunuh je kau! Tapi tak sangka kau lah yang berjaya lekat kat hati aku ni sampai macam nak gila hari-2 yang aku lalui :'D

Tapi tu semua cuma dapat dijadikan sebagai sebuah kenangan manis je :'/

Aku takkan mungkin dapat lalui semua dengan MOHAMAD SYAFIQ SAMSUDDIN yang dulu sebab kau sekarang dah berubah sangat. Kau dah hancurkan semua impian aku, impian kau (mungkin) dan impian kita. Kau ingat apa impian tu? Haa kau tengok kat kotak sebelah kanan ni, gambar bawah sekali tu. Itu impian kita dulu kan? :') siap dah letak nama anak semua lagi and semua senarai nama berbin dan binti kan nama kau sayang :') kau lupa ke? Hmm memang patut kau lupakan je semua. Cukuplah sayang. Aku undur diri demi kebahagiaan kau. Pergilah hidup bahagia bersama orang yang kau cinta. Aku lepaskan kau :'/ Jaga diri bebaik k? Hargailah orang yang sayang kat kau lepas ni sebelum dia pergi tinggalkan kau. Assalamualaikum .. </3

Sincerely
NUNU ASMADI