Karnival Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2014

Assalamualaikum :)
Haik, takkan nunu nak update lagi tentang karnival kecergasan? Hah actually, kalau perasan post yang lepas tu title post sama tapi tu tahun 2013 punya event, yang sekarang ni untuk tahun 2014. Alhamdulillah, for this year team G-Force (yang dulunya Akurit) berjaya memecahkan rekod menjadi juara dalam dua kategori yang kitorang masuk iaitu kategori Aerobik Tertutup dan Aerobik Terbuka. Kalau tahun lepas Akurit cuma masuk kategori Aerobik Terbuka dan mendapat naib juara dalam peringkat negeri Kelantan. Tapi, tahun ni juara dalam kedua dua kategori. Alhamdulillah, Allah bantu kami. Semua dugaan kami tempuhi, disaat last minute ada pulak ahli yang tarik diri. Mana nak cari pengganti lagi nak mengajar lagi. Rezeki kami, Allah tahu apa yang terbaik :')
Big thanks to adik Wanie yang jadi penyelamat kami. Mujur sangat wanie cepat pick up step. Thanks jugak kat ahli G-Force yang lain sebab boleh bertahan sehingga lah ke hari ini.


After winning the state competition, pihak Belia dan Sukan Negeri Kelantan hantar G-Force untuk bertanding pulak dalam Karnival Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2014. This year, our game takes place in Kompleks Kecemerlangan Paralimpik Malaysia, di Kampung Pandan. Ada kebaikan dan keburukannya tempat ni berbanding last year di The Mines. Kebaikan, takboleh membazir duit beli benda tak semenggah kalau kat sini sebab shopping mall takda :D Keburukan, bosan lah pulak takboleh jejalan sebab duduk sini je tengok games :/ Hah! Allowance for this year masyukk! Kolej bagi RM22 sekepala untuk sehari, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Kelantan bagi RM10 sekepala sehari dan sampai kat KL, dapat pulak RM15 sekepala untuk sehari jugak daripada KBS Kebangsaan. Semuanya untuk empat hari and total up, ada dalam RM188. Muahaha imma happy girl!
Penempatan? Hah tahun ni pun gempak sebab G-Force ditempatkan di i-Hotel Shamelin Perkasa, Cheras. Last year penempatan di KPTM Bangi. Huhiha :D practice pulak kat KPTM KL. Persediaan semua terbaik untuk G-Force, alhamdulillah. G-Force check in hotel pukul 12:20am, sharp sampai 12am, 16 October 2014. Akan berada disini sehingga 19 October 2014. Masuk bilik of course lah semua terbongkang, penat kan jalan jauh~


First day, G-Force sampai di kompleks pagi lagi. Acara berlangsung masa tu ialah kategori hiphop. Rindunya nak ada kat suasana macam ni! Muzik kuat, orang sorak sana sini :'D tapi tak lama pun duduk dalam tu, dah habis :/ Petang pulak ada perasmian karnival kecergasan. Duduk jelah tercongok tunggu orang besar berucap. Malam. Haaaaa saat yang takboleh blah gila! Acara aerobik tertutup bakal berlangsung. The fuxkk memang takleh nak gambarkan perasaan gila punya nervous dia macam mana. Aku duduk diam je tak bercakap dengan orang before show tu. Kelantan giliran ketiga, lepas habis je persembahan terus kami balik. Tak sanggup dah nak duduk lelama kat situ.

Second day (18 October 2014) untuk acara aerobik terbuka. Kategori ni Kelantan giliran kelima pulak. Sebelum giliran kami dok tengok persembahan negeri lain je kat bawah. Haih bak hang, sekali dorang buat splint baik lelaki baik perempuan, terasa koyaknya tendon peha semua. Gila aahhh! Memang susah nak beat Sabah, Sarawak dan Labuan, daripada tahun lepas lagi. Korang memang good dancer lah *thumbs up* 
Alright, untuk kedua dua kategori ni Kelantan dapat dalam kalangan top 10. Alhamdulillah berbanding last year entah dapat number berapa pun taktahu haha sedihh! Hah last year jugak aku balik ke Kelantan dengan membawa tisu lengan kiri yang koyak. Gila seksa bila dalam van tu :'( This year pulak, aku balik ke Kelantan dengan kulit ibu jari kaki yang koyak akibat training kat lantai tepi swimming pool without any shoes. Padan muka kan? :'/




Belanja sikit selfie with instructor G-Force, Madam Rohani

   

KIRI - Kami tak perlukan mak andam untuk make over, semua boleh buat sendiri :D
KANAN - My best supporter datang untuk sokong anak dara tunggal dia ni. Thanks mama *flyingkiss*



Awek baju pink teerr :* Thanks Kak Nana datang support G-Force


Always in my mind forever. Xoxo ♥