Redha..

Assalamualaikum :)
Entry for this time aku nak luahkan soal perasaan. Eh no no! Not going to talk about my prince charming. But, tentang insan yang dulunya pernah bertakhta di hati. Rpt, DULU. Okay, first of all aku nak memohon ampun dan maaf jikalau dalam entry ni aku akan ada terkasar bahasa. Benda ni dah lama dah pendam cuma tak terluah.

Dulu, pernah sorang insan ni cakap kat aku camni
"Awak ni sebenarnya pendendam sangat cuma awak tak perasan"
Aku tak percaya langsung sebab aku kenal diri aku *kononnya* yang aku tahu aku cuma seorang gadis kecil molek yang mempunyai tahap keegoan yang teramat tinggi. Yes, I admit! Ego aku once dah naik memang tingginya ibarat gunung everast. Sangat susah untuk mengalah even sometimes itu adalah salah aku. Tapi, bab dendam tu memang aku taktahu langsung sampai lah satu hari aku perasan. Tapi kenapa aku berdendam? Dendam aku hanya pada insan bergelar 'lelaki'. Dulunya, aku pernah dikecewakan dan mengecewakan. Tapi, lebih banyak dikecewakan. Bila aku mula sayangkan seseorang tu, mula lah dia buat onar. Curang lah, putus tanpa alasan kukuh lah. Aku takkan sesekali mention nama dah dalam ni. Sorry, semua hanya sejarah lama. Tapi sejarah lama tu jugak yang buat perasaan aku untuk percayakan lelaki tu tipis sangat sampai lah ke hari ini. Ya! Hari ini. Bagi aku semua lelaki adalah sama. Tak dinafikan, pada Anwar sendiri banyak kali aku cakap macam tu. Malah aku jujur pada dia yang aku tak pernah beri kepercayaan pada dia 100% pun. Alhamdulillah, dia sentiasa terima dan keep berusaha untuk buat aku percayakan dia. *teruskan sayang* :)


Cerita soal aku mengecewakan orang. Yeah aku mengaku dulu aku memang jahat. Suka mainkan perasaan orang. Orang tua tua kata, cinta monyet. Perkara biasa lah dan aku yakin ramai yang pernah macam tu. Tapi, semakin meningkat usia kita akan berfikiran semakin waras untuk menilai. Pengalaman akan banyak mengajar hidup manusia either to be more good or bad. Apabila dah meningkat semakin dewasa, aku mula berfikir yang aku bersyukur kerana Allah swt menemukan aku dengan seseorang insan yang hadir dalam hidup aku untuk memberi banyak pengajaran. Bagi aku peluang untuk menilai tingkahlaku seseorang manusia. Yes, eventho seseorang tu aku pernah sayang tahap apa pun DAHULU KALA, dia tetap bukan yang terbaik untuk aku. Meninggalkan? Semakin dewasa, aku semakin boleh berfikir. Perlukah aku berterusan bersama insan yang hanya akan membawa aku kearah jalan yang dimurkai Allah swt? Hampir membawa aku ke ambang yang tidak diredhai. Yes! Tidak diredhai sebab tu hubungan tak kekal lama. Nampak? Bagi yang ditinggalkan oleh aku, aku beri keizinan untuk kau teruskan menyalahi aku dalam melukai hati kau. Berharap lepas kau baca entry ni, kau akan faham. Bagi yang meninggalkan aku, terima kasih banyak banyak kerana kau bukan jodoh aku. Memang selepas putus akan terbit rasa sedih, kecewa apa semua. Tapi cuba fikir balik kenapa dan apa puncanya. Mesti kita akan jumpa :)

Bukan beerti aku post camni, aku adalah ustazah. Tak pernah buat silap. No no no. Aku juga manusia yang terlalu banyak melakukan kesilapan. Tak lari dan takkan pernah lari dari melakukan kesilapan. Tapi, aku juga bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yang sama sama membimbing diri masing masing ke arah kebaikan. Alhamdulillah. Aku tak mengharapkan apa apa, jikalau ada jodoh yang telah ditetapkan, in shaa Allah akan dipermudahkan segalanya.

Belajarlah melalui kesilapan, bukannya terus terusan melakukan kesilapan.

Anwar Kamil, sesungguhnya penantian kau tidak dipersiakan. Terima kasih sebab sanggup menanti aku berbulan bulan lamanya sedangkan aku taktahu. Teruskan menjadi pembimbing dan penasihat yang baik untuk aku. Teruskan menjadi kekuatan aku untuk melakukan sesuatu. Teruskan menimba ilmu untuk menjadi seorang khalifah yang bijaksana dan bertanggungjawab. Teruskan membebel dan berleter pada aku demi hubungan ini, dan aku, akan melakukan perkara yang sama. Pegang setiap janji yang telah kita pateri. Pegangan hubungan kita hanya satu, iaitu kerana Allah taala. Peliharalah hubungan ini sebaiknya melalui jalan yang diredhai serta direstui. Memang tak pernah sekalipun aku bercakap soal ni pada kau, tapi percayalah aku tetap akan fikirkan tentang hubungan ni. Ampun dan maaf juga dipinta atas segala kekasaran bahasa yang dilontarkan serta garis garis kekecewaan yang telahku torehkan. Dengan izin Allah, andai ada jodoh pasti akan bersatu.

In shaa Allah.. ♥