6 Months and Keep Counting ♡

Assalamualaikum, Hello guys! :D
Macam biasa lah, admin memang suka biarkan entry ni bersawang macam tu je tak gheti gheti nak update langsung. Hah tenene~ takdalah bukan macam tu, now aku busy dengan studies, dengan class lagi, final project lagi yelah kan sekarang nursing batch July dah jadi 'super senior' hihi tinggal lagi berapa bulan je dah nak habis studies. Alhamdulillah, walaupun bukan lahir sebagai seorang pelajar aliran pure science zaman sekolah dulu dengan usaha yang ada for make my parents proud to me, segala penat lelah susah payah ambik dalam bidang "medical line" ini bakal berakhir and after this, in shaa Allah I will apply my best untuk merawat pesakit dan orang terdekat, selagi kudrat ini berkemampuan :) amin~

Today is actually my monthsary day. Untuk yang ke berapa? Alhamdulillah, monthsary for half-year (6 months) ♡ Happy? Ya Allah Ya Rabb, tak terkira rasa gembiranya dan aku panjatkan rasa kesyukuran itu buat-Mu Ya Allah yang telah mengurniakan segala rasa kasih sayang rindu cinta ni semua khas untuk Anwar Kamil Bin Mohd Hanizam, pinjaman-Mu kepadaku yang tidak terkira nilainya selepas kedudukan Nabi Muhammad saw. Asmadi Bin Abd Halim dan Fazila Binti Haji Rasul :') Selalu aku doakan agar kau pelihara hubungan kami ini berlandaskan agama dan syariat-Mu, dan aku nampak semuanya. Kau utuskan kepada kami seorang sahabat yang tak pernah kenal erti bosan untuk selalu menasihatkan kami berdua untuk perbaiki hubungan kami. Bak kata nuar "Bukan calang-calang member" :D Alhamdulillah. Orang dewasa selalu cakap 'Kalau urusan yang baik perkara yang baik, in shaa Allah dipermudahkan segalanya' dan aku juga berharap begitu untuk semua perancangan kami. Tapi yalah kan, kita ni manusia biasa. Hanya mampu merancang, Allah yang menentukan :) Teruskan berdoa dan jangan pernah putus doa serta usaha.

Anwar Kamil atau aku lebih suka short kan sebagai AK's :D
Seorang lelaki yang mulanya aku kenal memang nampak macam sangsi sikit, dia ni apa sebenarnya? Nak cakap macam budak hot yang baru nak up tu, BUKAN sebab dia tak acah acah sama sekali hahaha (jamin dia gelak kalau baca ni) Nak cakap dia ni golongan mat rempit kat luar tu sebab dia ada motor camtu, lagi lah bukan. Weh kekasih aku tu muka jambu dikatanya mat rempit hahaha memang tak laahhh~ Entah aku pun susah nak describe macam mana. Tapi yang sebetulnya selepas aku kenal isi hati dia, AK's adalah seorang lelaki yang sangat sopan santun, lemah lembut, funny, independence, suka ambik hati aku walaupun kadang tu tak kesampaian pun lagi lagi bila aku tengah marah :P hah dia seorang lelaki yang susah sangat nak marah but once dia dah marah, tenenene~ and paling penting aku suka pada machine guns dia. Haha kenapa machine guns? Sebab dia tak suka marah tapi dia suka membebel. Time awal awal kenal dulu lah dia suka membebel kat aku, lelama ni dia akan membebel bila aku buat salah je. Kalau aku rindu nak dengar dia membebel, aku buat lah salah pape walaupun sikit, hah ambiikk! Nanti sampai aku yang stop kan dia bebel :/ kalah aku kot! Lagi satu, aku taktahu lah software apa yang ada dalam kepala dia tu atau pun dalam kepala aku dah kena virus trojan daripada software akal AK's gamaknya sampai setiap apa yang terlintas dalam kepala aku contoh nak makan pape ke, nak barang pape ke or nak pergi mana mana ke, mesti dia akan tahu dan terus ajak aku sebelum aku sempat luahkan kat dia. I don't even know why and how :3 bukan sekali, bukan dua kali tapi dan beberapa kali terjadi. Hmm misteri yang masih belum dapat diungkap~ orang kata sebab chemistry tu kuat. Entah lettew (".) Hihi yang selebihnya biarlah aku je yang tahu siapa AK's sebenarnya. Most important thing, anything happens dia akan utamakan perasaan mama dia, mama aku dan aku sendiri lebih berbanding orang lain AND manjakan aku. Selalu sangat treat aku macam babies, sampai aku pun jadi mengada. Lalala~ sebab tu aku selalu jadi macam "Oohhh imma happy girl!" Alhamdulillah for these feelings.


To you my lovely AK's, happy 6th monthsary. Thanks for loving me sincerely, truly deep and I will do the same like you do honestly. Take care yourself always no matter wherever you are. Always remind yourself that you're mine! And never do those stupid things behind me, if I know that you'll regret on what you've done to me. Remember abie! >.<" Oh yeah, always keep our promises too. Thanks for monthsary treat meal, abie always know what's are playing in my head :D thanks too for that beautiful monthsary gifts ♥ Kalau abie nak tahu, hadiah tu pun orang pernah bercadang nak bagi dulu tapi abie dah bagi dulu. Tak adil! Curi idea orang -.-" Hihi Iloveyousomuch AK's :*


Sekian..