26 July 2014

Holla there! Like usual huh, long time no see me in this entry? Maaf lew, kita update bila ada line yang cantik je. Bila ada hot or new story baru lah kasi up dalam ini entry, ka camna? :D

This is my new life!
Baru dalam pelbagai aspek. Penampilan, contohnya dah lebihkan pakai shawl sekarang. Maklum lew dah pandai belit belit shawl tu. Hihi hidup kena berani mencuba kan. Next, alhamdulillah dalam studies. Semakin berusaha nak kejar 3.50 and above untuk bawa mama dengan babah naik Kelantan pergi Majlis Anugerah Dekan. Teringin sangat at least sekali pun jadi lah. Now aku sem 5, means kena kejar dalam sem ni atau sem 6 depan je. Result sem 4 hari tu sikit je lagi nak cecah 3.50 :( Tinggal 0.09 je lagi tapi masih belum ada rezeki. Kecewa? Jangan cakap lah! :( "Usaha lagi sayang, in shaa Allah ada nanti" kata mama dengan babah~ I will do anything for both of you my dear parents!

Third, teman baru. Ingat post dalam entry lepas? Yeahh that's my new soulmate now. Welcome into my heart, my life and my soul of love my dear Anwar Kamil Bin Mohd Hanizam :') Why I choose him? Em there's something I shoud tell here. Bukan kerana baru 3 bulan single buat hidup aku sunyi. Takda makna doohhh! Aku bukan hidup untuk cinta. Tapi memang setiap manusia perlukan cinta. I admit. Kecewa dalam percintaan juga lumrah kehidupan actually. Semua orang akan pernah alami cuma depends on people tu untuk terima dengan cara bagaimana. That's normal.
Aku terima Anwar selepas dia jujur dengan aku semuanya. Dia crush kat aku lama. Dia biarkan aku bahagia dengan hati dia yang terluka. Dia menangis tepi longkang bila tengok aku dengan someone else padahal aku taktahu! Rpt, TAKTAHU! 10 bulan adalah tempoh yang lama bagi aku untuk dia pendam perasaan dia kat aku (Padan lah kalau terserempak dengan aku dia macam malu malu and lari! Baru perasan!) That is why aku cuba untuk bagi peluang walaupun sebenarnya aku tak ready lagi. Anwar pun tahu aku tak ready lagi, untuk bagi kepercayaan sepenuhnya pun masih belum mampu. But I'm trying. Then, he proposed to me on the date, 2nd of June 2014 bersamaan dengan date birthday dia. Even just in a simple way :') aku tak perlukan propose yang dilengkapi cincin berlian ke apa jadah yang lain (Kalau ada tu sebagai pemanis rancangan orang kata, terima jelah :D) Tu semua hipokrit kalau hati takda niat serious. Oh betul, kalau simple way but hati takda niat nak serious pun nampak macam sama. At least, dia berani propose aku face to face setelah apa yang dia pendam selama ni diberi peluang untuk meluahkan.

Alhamdulillah~
Relay ni dah menjangkau hampir dua bulan dah, dan kami berharap agar kekal hingga ke Jannatul Allah. Aku salute dengan Anwar. He respect me, he protect me very well, dia tak pernah ambik kesempatan, dia titikberatkan solat aku walau kami berdua masih dalam proses kembali ke jalan Allah. Dulu jahil, semua benda salah anggap betul, benda betul dibiarkan. Matured now. Important thing is, he always on positive way and me, sometimes :D Pandai ambik hati aku dengan kerenah dia yang original tanpa cover. Korek hidung aku pun selamber -,-" Tapi takpa, itu yang aku nak. Our parents pun tahu, tinggal masa sesuai nak jumpa je. Nak kata aku baru kenal dah boleh describe Anwar camna? Declaration is aku dah hampir setahun pun kenal dia dengan permulaan sebagai kawan biasa, change to kawan baik and now change to soulmate. Nahh taktahu jangan nak main cakap je taw, free free dapat dosa kering. Human~

Belanja selfie sikit :))

ANWASMIDAR :*

Aku minta maaf andai ada yang perasan post lama semua dah delete. Memang sengaja delete. Past is past, never look back. Just go through with a new life. Aku nak jaga hati sorang tu, yang hatinya sangat dipenuhi oleh taman bunga (jangan marah nuar) muehehe :D Friends, post aku dengan korang kalau berkaitan ex, memang aku nekad delete. Aku taknak ada link pape dengan ex dalam entry aku. Semua cerita akan aku sematkan baik baik dalam akal fikiran aku :)
Ex, sorry. Cerita kita dah lama habis. Walaupun ada yang still aku anggap kawan, itu cuma sekadar kawan biasa. Tak lebih. Semua tu dah tinggal kenangan. Aku tahu, aku atau kau kau semua putus atas sebab satu alasan sama ada kau atau aku yang mencipta alasan. Kenangan tetap kenangan, jangan risau. Kenangan itu lah yang ajar aku supaya jadi macam sekarang. Lebih matang untuk berfikir soal kehidupan, walaupun kenangan tu datangnya dengan cara pahit atau manis. Aku minta maaf banyak banyak :)

Memandangkan lagi dua hari je nak raya, dalam kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Lebaran Aidilfitri buat semua umat Islam. Menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah dan silap. Maaf zahir tanpa batin ^_^
Jangan lupa sedekahkan Al-fatihah buat semua mangsa flight Malaysia Airlines Boeng 777 (MH17) yang terhempas di Ukraine minggu lepas. Semoga roh mereka ditempatkan di golongan orang orang yang beriman. #PrayForMH17 #PrayForGAZA #PrayForMH370
Assalamualaikum ^_^